Saya kadang2 berangan...... alangkah bestnya jika saya dapat bawa lebih ramai lagi pelancong dari Jepun terus terbang dari sana ke lapanganterbang baru kita, tak perlu transit di KLIA lagi. Satu flight lebih kurang 140 orang pun dah kira ok, boleh kita bedak2 dan hantar ke beberapa buah kampung untuk homestay.... lepas tu mungkin tahun berikutnya kita pulak ke sana, dan seterusnya kita terima mereka datang lebih rama lagi....hmmmmmmm angan-angan!!!!!!!
Monday, May 4, 2009
Terengganu, negeri cantik budaya menarik...
Salam Sejahtera semua. Saya nak tunjukan video homestay program lagi. Bukan apa, saya berharap melalui cerita tentang homestay ni akan memberi kesedaran terutama sahabat2 TTGA saya. Mana tahu selepas ini mereka akan membenarkan rumah mereka djadikan homestay pula. Boleh juga menambah sedikt pendapatan. Sesiapa yang berminat nak jadi ahli tak rasmi homestay saya, hubungilah saya bila2 masa. Tak semestinya kita kena jadi ahli dari Kementerian dahulu baru boleh buka laluan kepada pelancong datang ke sini, memadai kita faham apa itu homestay (yang sebenar2nya lah, bukan bina rumah kosong kemudian sewakan kepada pelancong di kira homestay), sedia menjadi 'host family', kawasan yang selamat, peramah dan berani mengambil peluang untuk membawa pelancong kerumah kita (syarat berbayar lah) pun kira ok. Yang lain2, seperti untuk pasaran dan sebagainya, saya akan cuba bantu yang mana mampu....