Sunday, May 10, 2009

SUNGAI BERANG UNCOVERED - Antara Produk Pelancongan Yang Boleh Di Jual.




Apa khabar semua? Berjumpa lagi setelah bz beberapa hari. Saya terlibat sbg urusetia Program Sungai Berang Uncovered baru-baru ni. Program tajaan MTPN ini sebenarnya berbentuk Eko-Pelancongan dan program ini di sertai oleh beberapa jurugambar profesional, crew filem dokumentari dan beberapa orang individu yang dijemput untuk mencari, menilai dan menyumbangkan pendapat masing-masing mengenai apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk menjayakan dan seterusnya boleh dijual sebagai produk pelancongan Terengganu. Program berlangsung selama 2 hari. Dari TTGA disertai oleh TG Ibrahim, TG Norman, TG Wan Hassan (membawa jurugambar) dan saya. Saya rasa terkilan sgt2 sbb saya tidak ikut sama berkayak kerana saya dapat tahu bahawa pemandangan sepanjang berkayak dari Belukar Bukit ke Pengkalan Ajal cukup mengasyikan. Ada beberapa peserta mengatakan bahawa mereka seolah2 berada di 'negara lain' kerana airnya cukup jernih, boleh nampak ikan berkejar2an, banir2 pokok yang bentuknya menakjubkan, landscape kiri kanan sungai yang mengasykkan!!!! Aduh... menyesal... menyesal... saya tak ikut sama! Inilah akibatnya takut dengan pacat... hu hu hu... terharu sungguh kerana tak ikut sama!!! Yang lucu pun ada. Ada peserta yang 'tersangkut' kayaknya di batu sungai, tiba2 kayak putus dua. Mungkin kayak pun dah 'uzur' sebab tu putus dua. Mujur TG Norman cekap mengendalikan 'pekayak2 berkenaan. Kami tabik spring dengan pegawai2 dari JPS, mereka bukan sahaja turut penyertai, malah mereka juga turut memberkan 'feedback' yang cukup baik mengenai eko-pelancongan kawasan berkenaan. Saya sedang menyiapkan 'summary' dan akan diserahkan kepada Encik Mokhtar sebelum diserahkan kepada MTPN nanti. Apa pun, buat semua, tatap lah keindahan sungai kita dan sama2lah kita pelihara dan jaga dan mengekalkan eko pelancongan di kawasan ini. Kurangkan lah pembangunan, kerana sepertmana kata si Abby Fana Nascova, kita hanya meminjamnya (alam) dari anak cucu kita. Jika ianya punah, apa lagi yang akan tinggal di masa akan datang. Kerana ketamakan kita untuk mengaut keuntungan, semuanya akan punah sekelip mata. Semasa sesi rumusan diadakan, peserta memberikan pandangan yang saya rasa 'ikhlas' kerana kebanyakan mereka datang dari luar Terengganu. Mereka meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera supaya kawasan di wartakan sebagai kawasan eko-pelancongan, tidak ada pembangunan, tiada pembalakan, menyediakan papan tanda jelas di sepanjang tebing sungai - kampong2 yang di lalui supaya mudah bagi pelancong (tempatan mahupun luar negara) mengenali kampong2 berkenaan, adakan jeti yang 'simple' dari kampong2 berkenaan menuju ke sungai (kerana kebanyakan rumah2 menghadap jalanraya dan membelakangi sungai), peliahara landscape sungai, hentikan aktiviti sedut pasir (dikuatiri merosak tebing dan menimbulkan keladak sungai), galakan pemuda-pemudi kampong2 dikawasan berkenaan menjadi 'inhouse guide' dan banyak lagi.