Jumpa lagi. Lagi kisah masa sebelum jadi guide dahulu. Bermacam kisah lucu juga berlaku. Ada di antara pelajar yang bertanya,
"nanti bila jadi pemandu pelancong, kita kena bawa bas ke?".....Aduh! Nak tergelak pun ada. Sampai gitu sekali anggapan mereka rupanya terhadap TG. Saya dan beberapa orang telah pun memberi penjelasan tentang tugas TG sebenarnya dan alhamdullillah, akhirnya mereka faham. Terima kasih kepada pihak TESDEC yang telah memberi ruang kepada kami, memilih dan menghantar kami dan seterusnya menjalani kursus ini dengan jayanya. Pihak TESDEC juga sentiasa memantau kegiatan pelajar dan mengikuti perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.
Terima kasih juga kepada MATTA School of Tourism yang membekalkan tenaga pengajar yang cukup bersabar dengan kerenah kami. Part yang paling lucu bilamana pengajar kami tidak faham dengan komentari yang dibuat oleh pelajar yang payah meninggalkan 'loghat'
Terengganunya. Memang patut kita tidak lupakan bahasa kita, tapi kita mesti ingat bahawa pelancong yang datang dari luar Terengganu, umpama dari Sngapura tentu mereka tidak faham!
Ini semasa berehat selepas melakukan komentari. 'CEO Nirvana' nampakl relak je. Sekarang beliau bertugas di Primula.
Kami paling terkejut apabila selesai peperiksaan, keputusan yang diterima 'cukup mengejutkan!' dan kami diminta untuk menduduki peperiksaan semula semasa habis praktikal di Terengganu. Bayangkan, sesudah mempelajari semua mengenai Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan itulah yang kami semua hafal dalam kepala, tetiba sahaja kami disuruh membuat komentari mengenai Terengganu! Bukan bayangkan yang dingin.... tapi bayangkan kami macam cacing kepanasan! Masakan tidak, 4 bulan belajar habis-habisan, tup tup kena buat komentari ditempat yang tiada dipelajari langsung! Memang, semua berasal dari Terengganu, tapi kalau tak study cukup2 dan tak tak faham langsung pun payah jugak. Silap fakta nanti susah jadinya. So, ndak tak ndak kena jugalah harunginya. 2 kali 'trial' ikut bas dari KT ke Kemaman, KT ke Kuala Berang maka hari yang dinanti2kan pun tiba. Dengan 2 sesi, pagi dan petang kami pun bercakap....bercakap....dan bercakap....
Saya rasa cukuplah setakat ini kita kongsi bersama pengalaman ini. Mana yang buruk adalah dari kita... dan yang TERBAIK semuanya dari Tuhan saja. Amin.