Ini semasa melawat Muzium Orang Asli di Gombak. Peluang sebegini kami gunakan sebaik2nya untuk menambah pengetahuan dan saling bertukar2 pendapat. Kadang saya hanya memerhatikan dan kadang2 mereka menjadi guru saya. Kami tiada batas umur semasa belajar - sama sahaja. Kena marah pun sama2, Apa yang perhatikan kebanyakan anakanda yang belajar sama ni, rata2 mereka boleh berkomunikasi dengan baik, cuma sikap malu mereka kadang2 membuatkan mereka jadi 'panik' apabila memegang 'mic'.
Banyak tempat kami mesti lawati kerana tempat2 tersebut yang akan diceritakan semasa 'exam' nanti. Kami ke Batu Caves, ke Putrajaya, ke Taman Bunga di Tasik Perdana, Taman Burung, Selangor Pewter dan banyak lagi. Saya pun dah hampir lupa.
OK... nanti saya sambung lagi. Sekarang dah mula kerja.... Jumpa lagi.