Salam sejahtera semua.
Banyak kenangan manis dan kelat semasa mengikuti kursus di Serdang dahulu. Selama 4 bulan di sana dan 2 bulan praktikal, berbagai kenangan dialami. Gambar ini diambil semasa majlis berbuka puasa di 'bistro' Serdang.
Pelajar terdiri dari lepasan u yang belum bekerja dan tidak ketinggalan ada juga pelajar 'senior' macam saya. Yang sebaya saya, saya anggap sebagai kawan dan yang jauh lebih muda saya anggap sebagai anak2 saya.
Ada yang lulus dan ada yang tidak lulus. Walau bagaimana pun, kami semua telah berusaha sebaik mungkin dan belajar siang dan malam semata-mata nak memenuhi impian menjadi TG. Semasa bulan ramadhan, kami sama2 masak dan sama2 bersahur. Yang perempuan tinggal di asrama tidak jauh dari penginapan pelajar lelaki. Latihan demi latihan diadakan. Ada kalanya kami kumpul duit sama2 untuk sewa kereta kawan2 buat komentari sendiri. Kadang2 lucu, kadang sedih dan kadang2 gembira. Kelas mesti diikuti setiap hari. 

Kadang2 bosan pun ada. Kelas bahasa Inggeris 3 kali seminggu. Sebenarnya pada permulaan kursus, semua syllabus dalam bahasa Inggeris. Kami dikehendaki bercakap, bagi commentary semuanya dalam bahasa Inggeris, buat essay dan berbagai lagi. Guru kami Ms. Margaret, Mr. Harold, Mr. Tony, Ms. Deanna dan Mr. Isvaran semuanya menggalakan kami berbahasa Inggeris. Tapi setelah hampir 2 bulan belajar, ramai yang masih tidak boleh 'catch-up' lagi dengan apa yang diajar, maka Ms. Deanna dan Mr Isvaran menggunakan 2 bahasa,

Melayu dan Inggeris semasa mengajar.
Biasalah, masa belajar tu macam hal berlaku. Ada yang mengantuk sebab tidur lewat, ada yang meniru (jenis 'cut' n 'paste') dan ada yang rajin fotostat semua fakta yang dia ingin tahu. Pun ada juga yang jenis relax (que sera sera) dan tak peduli gajah atau rimau dihadapan, pakai belasah je masa buat 'commentary'.
Yang lucu, ada juga bila setiap kali buat 'commentary' dia berani ke depan. Tapi sedang sedap2 bercakap dan kami pun terlopong mendengar.... tetiba je dia akan kata... "eh lupa lah pulak!". He he he, memang lawak betul. Hilang mengantuk dengar celoteh beliau.