Saya sengaja nak berkongsi mengenai TG. Rasa menyesal sebab lambat dapatkan lesen TG, kalau saya tahu, sejak dulu lagi saya terlibat terus dalam bidang ni sebab saya tertinggal banyak dalam hal2 yang berkaitan dengan TG. Padahal sebelum ini pun saya sudah banyak kali 'assist guest' secara langsung, tapi tak terfikir pulak nak jadi TG....
Ini Robert, TG dari Sarawak. Kebolehan beliau termasuk memberi penerangan mengenai alam semulajadi Sarawak amat dikagumi. Seorang yang penyabar dan sentiasa menepati masa
Ini Halim Kasim, guide di Sabah. Seorang yang dedikasi dan kelakar. Banyak cerita2 beliau yang menghiburkan.
Manakala ini Endro, juga seorang guide yang boleh bercakap lebih dari 2 bahasa. Seorang yang cergas dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang alam semulajadi dan bertugas tanpa mengira masa.
Saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk membawa ahli ke luar Terengganu - bertujuan menambah pengetahuan dan menambah pengalaman. Memandangkan kos yang tinggi, kita akan cuba mencari sumber2 yang boleh menampung kos berkenaan. Hasrat saya cuma ahli TTGA tidak jemu mempelajari sesuatu yang baru untuk dijadikan sebagai bahan komentari, ahli TTGA akan lebih kreatif, ahli TTGA akan lebih berani tampil membuat komentari yang padat dan tidak menjemukan, semoga melalui komentari ini akan membantu memasarkan Terengganu ke dunia luar, dapat menarik lebh ramai lagi pelancong ke sini, lebih meyakinkan pelancong untuk membeli pakej2 Terengganu, lebih seronok dan tertarik dengan penceritaan yang dibuat oleh TG dari TTGA. Bukan mustahil tetapi jangan ambil mudah. Ahli TTGA mesti ingat bahawa, 'guest' yang datang ke sini berbayar dan mereka mahukan setimpal dengan bayaran mereka. Jadi diharap sangatlah, persiapkan lah diri, rajin2lah hubungi AJK termasuk saya, pengerusi, timbalan dan sbgnya untuk mengetahui perkembangan TTGA. Tolonglah jangan asyik menyalahkan atau hanya mencari kesilapan, sedangkan sepatutnya kita sama2 membantu kerana itu janji kita semasa mendaftar menjadi ahli TTGA. Menegur kesilapan orang cukup mudah, ibarat jari telunjuk menghala ke orang, tapi 4 jari lagi menghala kepada kita. Saya juga sepertimana AJK lain, hanya manusia biasa dan tugas sebagai SU (sementara ini) hanya membantu memudahkan TTGA dan saya tidak mampu untuk sentiasa mencari ahli, menghubungi ahli semata2 untuk memberitahu satu perkara. Walau bagaimana pun saya mencuba sebaik mungkin, menghubungi AJK dan beberapa ahli yang rajin berkomunikasi dengan saya supaya tolong sampaikan apa2 berita yang saya ada..... Setakat ini saya ada mencatitkan beberapa ahli yang sering menghantar sms kepada saya. Terima kasih. Mana yang memberi sokongan, alhamdullillah, mana yang menghentam pun alhamdullllah. Yang buruk dari saya dan yang baik itu semua dari Allah jua. Untuk pengetahuan semua, saya sendiri kadang hampir 'give-up' kerana saya bekerja 7 hari seminggu untuk g2k, jika saya goyang kaki, habislah periuk nasi saya. Dan di antara masa yang ada itulah saya mencelah2 untuk TTGA. Bukan minta simpati, tapi jika boleh memahaminya pun dah cukup memadai. Ofis saya sentiasa terbuka (semasa waktu bekerja) untuk ahli TTGA datang, silakanlah. Gunakan lah untuk kerja2 TTGA, saya tak caj pun. Selama ini pun saya memberi ruang kepada kawan2 menggunakan ofis saya untuk hal2 mereka dan saya tidak minta balasan apa2. Memadai, janganlah mengata dari belakang. Mudah2an mereka yang 'gemar' mengutuk, mengata itu sentiasa di berkati Tuhan......... amin!