Thursday, April 30, 2009

Pesanan untuk Sesiapa Yg Minat nak jd TG (Tourist Guide)...






Sebenarnya TG atau Tourist Guide ini merupakan satu bidang tugas yang paling popular di negara luar. Rata2 TGnya telah melebihi peringkat umur 50an tetapi masih cergas dan berupaya menguruskan pelancong2. Ada TG yang boleh bercakap dalam bahasa2 selain bahasa ibunda, ada TG cuma satu bahasa. Dan ada TG yang khusus kepada alam belantara (Nature Guide). Apa2 pun, kita jangan jd TG tak 'reti bahasa' atau 'tak faham bahasa' sudahlah.




Grace Tanaka-san, spt gambar adalah seorang pemandu pelancong yang umurnya lebih dari 50 tahun. Kecergasan beliau, kecekapan beliau serta kesabahan beliau melayani pelancong amatlah dikagumi. Kami bersama beliau selama 7 hari semasa di Jepun. Ada juga TG yang telah mempunyai profesion lain seperti guru, pensyarah, arkitek dan banyak lagi. Mereka berminat menjadi TG sambilan.


Yerson, seorang pemandu pelancong alam belantara (Nature Guide) dan tinggal di Kalimantan merupakan seorang Pengarah Muzium. Beliau sedang menlanjutkan pengajian ketahap Dr. Beliau bukan sahaja boleh berbahasa Inggeris, malah boleh berbahasa German dan Jepun. Beliau menyatakan hasrat untuk mendidik anak2 muda sekembalinya ke Kalimantan nanti untuk TG yang pro-aktif dan berjaya. Sekarang beliau sedang masih berada di Universiti Bandung.

YM Raja Uda, suatu masa dahulu seorang TG yang disegani di Terengganu. Saya menganggap beliau sebagai 'sifu' saya. Banyak yang saya pelajari dari beliau dan yang paling saya kagumi adalah komentari yang dibuat tidak membosankan. Walau pun YM Raja Uda bukan asal anak Terengganu, tetapi beliau boleh bercakap mengenai Terengganu berjam-jam tanpa jemu dan tidak juga lokek berkongsi ilmu. Sebab itu, ramai pelancong yang datang semula (repeat guest) akan mencari beliau dan tanpa beliau, lawatan mereka menjadi 'kurang meriah'. Malangnya pada ini beliau 'kurang aktif' dalam TG tetapi masih memberi khidmat sekiranya kita mahukan beliau membawa pelancong. Walau bagaimana pun, saya masih merujuk kepada beliau dari semasa ke semasa.
.... ada banyak lagi boleh di share.... cukup takat ni dulu ya....