Monday, May 3, 2010

Musim Candat Sotong (April - Julai)

Pauline & Raymond

Sekarang musim mencandat terutama di Pulau Kapas.  Ramai yang datang semata-mata untuk mengalaminya.  Malangnya pelancong kami masih belum lagi ingin mencuba aktiviti ini.  Kebanyakan mereka lebih suka melihat dari menangkap, so, kami tak boleh paksa la...

Diana dan Ed dari German - cukup peramah dan menggembirakan.  Sebelum pulang mereka ingin sangat melihat Wat Buddha di Kelantan dan kami penuhi kehendak mereka.

Beberapa pengalaman lucu yang kami lalui semasa bersama 'kawan2' baru (pelancong) ini.  Ada yang peramah sangat2 sehingga tak terlayan dibuatnya.  Masakan, kadang2 dalam 5-6 jam perjalanan mereka tidak henti2 bertanya dan bercakap.  Adatlah, sebagai Pemandu Pelancong kena menjawabnya dan merasa bangga kerana dapat memuaskan pertanyaan mereka.
Yang mencemaskan pun ada juga.  Pernah juga kami menghantar mereka di jeti dan setelah bersalam, kami pun beredar.  Tetapi beberapa jam selepas itu kami menerima panggilan telefon, mereka ingin kembali kedarat, mencari penginapan baru dan bla....bla.....bla....bla.... (kami terpaksa merahsiakan).  Aduhai, maka berkejarlah kami mengambil mereka semula dan 'assist' mereka sehingga mereka benar2 puashati.  Bukan senang untuk memuaskan hati orang terutama orang asing (pelancong), tapi sebagai TG, itulah tugas yang paling mencabar dan memerlukan kesabaran teramat sangat.  Itu belum lagi dengan luahan ketidakpuasan hati yang mereka lemparkan, kami dengar aja sebab dalam semua keadaan, diam adalah jalan terbaik disamping senyum.....