Tuesday, May 18, 2010

Mari Berpantun..


Pantun bukan aja terkenal di kalangan orang2 Melaka, tapi mereka dari lain negeri pun pandai berpantun.  saya ingin selitkan artikel bahasa Melayu di dalam blog ni supaya boleh share dengan ramai lagi.  Di Terengganu banyak pantun2 tinggalan Alllahyarham J.M. Aziz.  Kebanyakan pantun beliau mengaitkan nama2 di Terengganu, sama ada pulau, tempat, makanan atau apa sahaja tetapi 'origin' dari Terengganu.  Unik bukan?  kepada yang minat, jom kita berpantun...

Pulau Kapas Setentang Marang
Tempat Berkelah di Hari Minggu
Boleh Abang Pinjamkan Selendang
Buat Kasih Penawar Rindu....

Tanjung Luang Seberang Takir
Tempat Nelayan Memunggah Pukat
Janji Abang tidak kan Mungkir
Dari Dunia hingga Akhirat..

Hm banyak lagi pantun2 yang saya baru jumpa.  Tapi saya akan keluarkan satu persatu.  Terima kasih kepada sahabat NTG Azlan di Grandconti yang rajin memberikan pantun2 kepada saya.  Jumpa lagi...