Belajar Bahasa Jepun seronok. Mula belajar pada tahun 1991 selama 6 bulan. Setelah lulus, sambung lagi selama 6 bulan. Kemudian 'advance' 6 bulan lagi. Hari2 bawa kamus kehulu kehilir, cakap sorang2, tulis pun dalam hiraga dan katakata (cuma pada masa tu belum wujud sms, so tiada komunikasi dalam bahasa Jepun). Pernah mengajar untuk 'frontliner' selama 3 bulan di Langkawi untuk 'basic japanese greetings'. Tahun 1993 ke Jepun dibawah 'Look East Policy' atau Dasar Pandang KeTimur. Lagi la seronok. Boleh bercakap dengan keluarga angkat dan kawan2 baru d Jepun.
Sebenarnya pada tahun '92, saya juga belajar Bahasa Sepanyol di INTAN Jln Elmu selama 6 bulan, tiap2 hari (dapat pelepasan pejabat selepas jam 12.00 tengahari bersama 6 orang pegawai) sehingga peroleh sijil. Sambung lagi 6 bulan belajar di pejabat (inhouse training) selama 6 bulan (kesemua pelajar yang lulus termasuk pegawai dihantar ke Seville, Sepanyol selama 2 bulan untuk bertugas World Tourism Expo kecuali saya - hu hu). So saya jadikan kamus sebagai kawan baik sehingga ada kawan2 mengusik, takut saya 'bercakap' sorang2 nanti dek kerana terlalu minat dengan bahasa Jepun dan Sepanyol. Walau bagaimana pun, saya amat bangga sekali dapat belajar kedua2 bahasa tersebut dengan percuma, jika orang lain perlu membayar ribuan RM untuk mempelajarinya.
Tapi itu dulu, sebelum berhijrah ke sini.... la ni semua tu tinggal kenangan je. Jarang2 dapat bercakap dalam kedua2 bahasa tersebut, dan akhirnya hampir terlupa. Cuma saya paksakan diri melihat program NHK dan telenovela agar saya tidak lupa terus kedua2 bahasa berkenaan. Saya masih berminat untuk mendalami kedua2 bahasa dan saya masih gunakan kamus hampir setiap masa untuk rujukan. Kadang2 apabila bersama pelancong Jepun, saya praktikan juga bahasa Jepun dan alhamdullillah, boleh lah nihongo sikit2 lagi. Begitu juga apabila membawa pelancong dari Belanda atau German atau dari Europe, saya pasti bertanya jika mereka boleh berbahasa Sepanyol, dan jika ada peluang saya akan cuba berkomunkasi dalam bahasa Sepanyol, cuma peluang agak terhadap kerana bukan semua mereka pun guna bahasa berkenaan. Bueno...