Monday, May 18, 2009

Corat Coret Semasa JTX

Baru-baru ini saya menghadiri JTX (Jawa Barat Tourism Exchange Program) selama 4 hari. Seramai 122 'buyers (termasuk Msia, Thai, Spore dan Belgium) telah menghadirinya. Biasalah jika program spt ini diadakan, pasti ada acara 'post tours program', so saya juga tdak terkecuali menyertainya. Peserta tinggal di beberapa buah hotel sekitar Kota Bandong. Ada yang tinggal di Arion Hotel, Jayakarta Hotel, Papandayan Hotel, Shantika Hotel dan berbagai lagi. Kami disediakan beberapa buah bas pesiaran termasuk 2 orang Guide. Guide sentiasa memberikan kerjasama dari semasa ke semasa. Kami beruntung kerana sebagai 'buyers' kami ditaja termasuk tiket penerbangan pergi balik. Rasanya kita pun boleh mengadakan program sebegini sambil menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri kita. Paling menarik semasa mengikuti lawatan ke Garut, luar daerah Bandong. Kawasan perkampongan yang terletak berhampiran dengan kaki Gunung Papandayan (gunung berapi yang masih aktif), menikmati keindahan panorama kampong, makan makanan tradisi, mendengar muzik selingan tradisi dan kami sempat mengadakan sesi perbincangan sesama buyers.
Kami terpukau dengan kreativiti penduduk kampong yang mendirikan rumah makan (restoran) dan penginapan di sekitar sawah padi dan menjadikan tempat ini benar2 menarik.