Thursday, April 30, 2009

Sekapur Sirih....

Salam Sejahtera semua terutama sahabat TTGA yang saya hormati....
Semalam petang saya menghadiri taklimat bas pesiaran anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia di sini. Saya mewakili syarikat G2K dan semua topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan bas... bas.... bas dan bas. Hal berkaitan TG sikit je tersentuh sebab memang difokaskan kepada permasalahan bas.
Semasa taklimat belum bermula, saya sempat bersembang dengan Pegawai PSU Kementerian Pelancongan dan bertanyakan sedikit sebanyak tentang TG amnya. Beliau berjanji akan mendapatkan keterangan lebih jelas terutama mengenai CTRE dan bagaimana untuk membantu TTGA mengadakan CTRE. Kita tidak boleh ketepikan MTGC kerana MTGC telah diberi mandat oleh pihak Kementerian untuk mengelolakan CTRE. Jika kita berkeras untuk mengadakan juga CTRE tanpa melalui MTGC, mungkin kita tidak akan dapat menduduki CTRE di sini sampai bila-bila dan jika ada mana2 TG yang ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai CTRE ini, silalah hubungi pihak Kementerian Pelancongan di talian 03-26937111 sambungan Encik Rudy Khairudin atau email beliau : rudykhairudin@motour.gov.my dan saya berharap sangat supaya kita faham sebenarnya apa tugas kita sebagai TG, kemana hala kita dan sentiasa melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan kerana tanpa pengetahuan kita tidak akan kemana2.
Seperkara lagi, dahulu saya pernah memberi cadangan kepada beberapa 'anak angkat' TG saya yang memanggil saya 'ibu' supaya jangan berputus asa dan sentiasa lah berhubung antara satu sama lain. Jika benar2 berminat menjadi TG, jadilah TG yang profesional kerana bidang TG ini tiada batas umur dan kita adalah orang yang pertama berjumpa dengan pelancong (semasa ketibaan), dan tunjukkan segala yang terbaik tentang kita, tentang negeri kita, tentang budaya kita, tentang keindahan negeri kita dan tentang apa yang kita ada untuk dibawa pulang sebagai ole-ole dan kenangan kerana saya percaya, sekiranya kita memberikan yang terbaik, maka yang terbaik juga akan datang kepada kita. Sabar menjadi tunggak utama semasa menjalankan tugas. Dengan berbagai kerenah dan ragam pelancong, bukan semua orang boleh menguruskan dengan baik melainkan sikap TG yang sentiasa bertoleransi, dedikasi dan bersabar. Bagi saya juga, pelancong datang membawa rezeki, so, sambutlah mereka dengan senyum kerana senyum itu satu sedekah. Rajin bersedekah maka banyaklah rezeki kita. Kepada TG (City Guide) rajin2lah ke jeti Shahbandar dimana banyak bas2 pesiaran park di sana.... bawalah kad nama, edarkan kepada tour leader (kena rajin cari dan tanya), jangan malu dan sekiranya telah bertemu dengan tour leader, khabarkan kepada mereka, sekiranya mereka ingin gunakan khidmat TG di masa akan datang, jangan ragu2 supaya hubungi kita.... INSYAALLAH rezeki kita akan datang nanti. Ada juga TG (City Guide) yang mengikut nasihat, mereka cuba nasib di KL dan JB dan alhamdullah nampaknya mereka juga telah mula mendapat 'assignment' di sana.
Nasihat saya (itupu jika ada yg sudi dengar), janganlah asyik merungut sahaja, kurangkan lah mengata mengumpat di belakang sebab tidak membawa faedah langsung. Saya hanya sebagai SU dan jawatan ini sementara je dan saya berkhidmat sukarela untuk membantu TTGA. Jika ada yang tidak puas hati, datanglah berjumpa saya, kita duduk berbincang bersama kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Kita sebagai manusia dan sebagai orang Islam, rasanya semua tahu, jika kita mengumpat umpama ..... dan jika banyak mengata, lebih banyak rezeki masuk kepada yang diumpat... percayalah...
Saya dan semua AJK yang bergerak aktif dalam TTGA sentiasa berhubung hampir setiap hari dan bukan sahaja memikirkan, malah membuat berbagai kertas konsep untuk aktiviti TTGA kita, tapi hanya menunggu nasib baik atau kurang baik kerana tidak semua kertas konsep kita diterima oleh pihak2 tertentu. Semua tahu, tanpa RM semua tidak akan bergerak, begitu juga dengan TTGA, kita cari wang untuk tabung persatuan, bila dah dapat sikit, kita cari lagi supaya dapat kukuhkan, tapi bukan bila RM dalam ada sikit, kita mesti perabihkan.... maka persatuan kita walhasil balik asal aje lah. Kepada semua ahli TTGA, sumbangan pendapat dan cadangan saudara/saudari amatlah dialu2alukan..... jika tidak dapat call saya, email lah kepada saya. Insyaallah saya bersedia membantu (tapi bukan bantu dengan RM lah).... Email saya : homestaypd@yahoo.ca dan tpon saya 0199407998.