Tuesday, April 28, 2009

Jumpa lagi..
Pada 7-9 Mei 2009, Sg Berang Uncovered - Terengganu anjuran MTPN dgn kerjasama kerajaan negeri dan Hera Alam adalah Pengurus Acara program ini. Kita dijemput beramai2 ke sana (Sg Berang, Hulu Terengganu). Tapi saya bukan mahu mengupas lebih lanjut mengenai program ini, cuma ingin menceritakan serba sedikit mengenai produk pelancongan yang terdapat di Hulu Terengganu.

Semasa mula2 sampai di Hulu Terengganu (HT) suatu ketika dahulu, saya tidak tahu apa yang ada di sana. Saya tidak berapa faham percakapan orang2 di HT. Saya banyak angguk dari bertanya sebab nak tanya tak tahu nak tanya apa, tak tanya langsung tak tahu apa2. So, lebih baik senyum aja.

Pendekkan cerita, saya yang pada mulanya tidak makan ikan darat, telah mula jatuh cinta dengan ikan2 terutama dari sungai sebab setiap kali masak ikan sungai (samada goreng atau apa2 je yg boleh dibuat kpd ikan tsbt) saya tidak rasa hanyir atau bau rumput sepertimana yg selalu saya jumpa sebelum ini. Sehingga sekarang, boleh dikatakan hampir setiap minggu saya mesti 'pekena' ikan sungai terutama masak cara tradisi orang Kuala Berang.... hmmm sedap sangat!!! Dan yang paling penting, saya sentiasa 'promote' masakan atau gulai2 masakan tradisi ini kepada kawan2 saya yang datang dari luar Terengganu. Setakat ini mereka semuanya puas hati termasuk yang datang dari Singapura. Walau ada yang kata tempat ini (HT) jauh dari KT, tapi apabila mereka dah makan masakan tersebut, mereka pasti kata.... "best la masakan sini, nanti kami datang lagi....". Saya cuma senyum sebab kepuasan mereka adalah kesyukuran bagi saya sebab bukan senang nak buat orang lain puas hati tak kira sama ada masakan, perkhidmatan dan sebagainya. Yang paling menggembirakan, ada di antara mereka apabila selesai makan, minta pula untuk 'tapau'(bungkus) untuk dibawa pulang.
Jika mereka menggunakan perkhidmatan saya sbg TG, sepanjang perjalanan saya tidak putus2 bercerita tentang Hulu Terengganu, tentang Kuala Berang dan segala apa yang ada di sana (yang saya tahu dan saya alami). Saya seronok bercakap dengan 'guest' saya tentang Tasik Kenyir, tentang empangan Janakuasa Sultan Mahmud, tentang buah jagong, tentang kacang tanah, tentang tuntung (river terapine... oops maaf kalau salah eja), tentang bahasa2 orang HT, tentang silat kura2 dan banyak lagi. Mungkin saya selalu sangat ke Daerah itu, saya jadi terlalu 'excited' bercerita....... he he

Sebenarnya tujuan utama saya bercerita tentang HT adalah untuk sama2 membantu mempromosikan daerah ini ke luar Terengganu, supaya lebih ramai lagi yang akan ke sana. Saya juga pernah membawa kumpulan pelajar dari Jepun untuk 'homestay' di Kampung Chapu beberapa tahun yang lalu dan alhamdullillah semua pelajar berkenaan gembira dan ada yang berjanji akan datang lagi apabila mereka telah bekerja nanti bersama keluarga. Mudah2an semua itu akan menjadi kenyataan. Saya juga berharap agar dapat membawa lebih ramai lagi pelancong ke daerah HT dan akan cuba menjadi 'perantara' kepada orang2 di sana mengenai 'homestay'..... mudah2an.....

Lihatlah foto2 semasa anak angkat dari Jepun tinggal bersama keluarga angkat di Kampong Chapu dulu. Terima kasih kepada Pak Su Rani, terima kasih kepada Dato' YB Rodzi dan terima kasih kepada semua orang kampung Chapu....