Wednesday, April 29, 2009

Corat Coret Anak Angkat dari Toyokawa

Salam Sejahtera....
Kalau cerita bab homestay ni, memang saya suka sangat. 3 hari 3 malam bercakap mengenainya pun tak apa. Sebab saya telah pun mengalami sendiri homestay di Jepun (1993), homestay di Indonesia (1996, 1998), homestay di Thai (1998, 2000)dan last sekali homestay di Laos (2006). Di Msia juga telah beberapa kali tinggal bersama keluarga angkat di Sarawak, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.
Sekarang saya lebih suka mengatur program untuk anak2 angkat dari luar negara ke negara kita pula terutama dengan grup. Saya akan atur bermula dari airport hingga menghantar mereka semula ke airport. Seronok dapat berurusan dengan orang-orang kampung dan paling saya suka apabila orang2 kampung juga gembira terima tetamu. Selalunya saya akan mencari Pengerusi JKKK atau Tok Penghulu dan bercerita mengenai homestay. Jika mereka tidak faham tetapi berminat, saya akan cuba terangkan sehingga mereka faham. Pada saya, melalui homestay, mereka akan dapat RM, jadi apa salahnya saya membantu mereka?
Tetapi ada juga kampung2 yang telah tersohor dengan program homestay spt Teluk Ketapang dan sebagainya. Saya juga suka mencari beberapa kampung lain yang belum pernah menerima pelancong (walau bagaimana pun saya akan teliti dahulu ciri2 keselamatan, kesungguhan orang kampung dan daya tarikan pelancongan yang ada di kawasan berkenaan). Sebab ini kadang2, setiap hujung minggu saya tidak duduk diam (jika tiada assignment), saya akan keluar untuk 'explore' sendiri kampung2 yang saya belum lawati terutama sekitar Terengganu, Pahang dan Kelantan. Penat, memanglah penat, tapi yang penting berbaloi...... apabila program menjadi dan kedua pihak (pelancong dan orang kampung) puas hati.

Sasaran pelancong saya adalah dari Jepun, sebab saya faham sikit2 bahasa mereka, tetapi ada juga pelancong dari Belanda, German, England dan seorang dua dari US. Jika tidak ramai (FIT) maka program homestay tidak semeriah berkumpulan, tapi itu tidak menjadi hal kerana bagi saya, sesiapa saja yang datang, mereka adalah tamu kita...

Saya sertakan serba sedikit gambar dari anak2 angkat Toyokawa, Jepun.