Wednesday, June 22, 2011

Tourist Guide


Bersyukur kerana masih boleh mencari rezeki dan masih boleh bekerja sehingga saat ini. Walaupun tidak seperti pekerjaan lain, tapi memadai dengan bekerja secara "freelance". Jika suka, kita buat, jika rasa nak rehat, kita tolak aja assignment berkenaan.
Suka bertemu kawan baru, orang baru, pelancong dan suka bersembang dengan mereka, memberikan info yang mana kita tahu, membantu mereka mendapatkan maklumat yang mereka mahu, membawa mereka ke tempat2 yang mereka mahu lawati, melayan mereka seperti melayan tamu di rumah sendiri dan menggembirakan mereka dengan cerita2 yang mereka suka serta berkongsi pengalaman bersama mereka - semuanya indah yang tidak dapat digambbarkan dengan perkataan. Walau kadang2 payah dan kadang2 perit kerana perbezaan budaya, bahasa dan agama, tetapi apabila kita boleh mengawal keadaan serta menjadikan suasana seperti 'tiada masalah yang berlaku', maka tugas kita sebagai pemandu pelancong akan menjadi seronok sekali. Bukan RM yang menjadi faktor utama, tapi kepuasan kerana telah pun dapat menyelesaikan tugas (yang memang kita suka dan kita mahu) dengan baik dan lancar. Apabila tamu kita tersenyum sebelum melangkah pulang (tak kira di airport, di jeti, di terminal bas atau teksi) sudah cukup menggambarkan kejayaan dan kepuasan tugas ini.

Masalah? Ah, dimana2 pun ada masalah, selagi hidup sampai kita mati, tentu berhadapan dengan masalah. cuma jangan campur masalah dengan kerja, sebab jika dicampur, yang merana adalah diri kita sendiri, bukan orang lain!

Blog ttga terengganu telah di tutup kerana memberi peluang orang lain yang bijak dan pandai mengendalikannya)